Friday, 3 February 2017

Filled Under:

(TrendinG) Gempar Penduduk Kampung Miri Tangkap Hantu Penanggal, Netizen Kongsi Kisah Seram Sebenar Disebaliknya

(TrendinG) Gempar Penduduk Kampung Miri Tangkap Hantu Penanggal, Netizen Kongsi Kisah Seram Sebenar Disebaliknya



"Keadaan gempar seketika apabila ramai penduduk-penduduk keluar dari rumah untuk menangkap hantu penanggal yang dikatakan sering menggangu ketenteraman penduduk Piasau. Setakat ini adakah hantu penanggal tersebut dapat ditangkap, masih lagi belum diketahui..”
Kisah Sebenar Gempar Penduduk Kampung Miri Tangkap Hantu Penanggal

Mendengar hantu penanggal pastinya ibu ibu yang mengandung akan merasa seram sejuk.sudah agak lama sebenarnya tidak terdengar cerita tentang hantu yang satu ini.
Baru baru ini penduduk kampung Piasau miri ,serawak.digempar dengan kemunculan hantu penanggal .Mengutip satu laporan yang di tulis oleh kami miak serawak mengatakan.
“Kes yang berlaku di Piasau Miri malam tadi. Keadaan gempar seketika apabila ramai penduduk-penduduk keluar dari rumah untuk menangkap hantu penanggal yang dikatakan sering menggangu ketenteraman penduduk Piasau. Setakat ini adakah hantu penanggal tersebut dapat ditangkap, masih lagi belum diketahuI”

Namun kekecohan tersebut berpunca dari pada salah seorang pengguna facebook yang Yang menyebarkan berita palsu berkenan sehingga membuat penduduk miri ketakutan dan mencetuskan huru hara di sekitar miri serawak pada malamnya.



Dua gambar yang dimuat naik itu sebenarnya adalah gambar dari filem Penanggal, arahan Ellie Suriaty, yang ditayangkan pada tahun 2013APA ITU HANTU PENANGGAL



Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh.



Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa.
Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dankemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin.


Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan.
Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa.

Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.




0 comments:

Post a Comment