Saturday, 18 February 2017

Filled Under:

PATUTLAH TAK MASUK KONTI RADIO!!! Shuib Sepahtu Pengsan Akibat Terlalu Penat Bekerja

PATUTLAH TAK MASUK KONTI RADIO!!! Shuib Sepahtu Pengsan Akibat Terlalu Penat Bekerja



GARA-GARA terlalu penat bekerja, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas hampir pengsan, semalam.

Menerusi akaun Instagram isterinya, Siti Sarah Raisuddin berkongsi gambar keadaan suaminya yang terbaring di atas katil menerima rawatan di hospital tersebut.

“Doktor cakap dia buat sesuatu yang lebih daripada keupayaan dia,” tulisnya.

Siti Sarah menjelaskan, Shuib pernah pengsan ketika rancangan Fear Factor pada 2013 akibat terlalu ‘mendesak’ dirinya untuk melakukan aktiviti dalam program berkenaan.



Difahamkan, penyampai segmen Sinar Pagi di stesen radio Sinar FM itu mengalami tekanan darah rendah dan tidak sihat sejak dua minggu lalu.

Dia dikatakan berada dalam keadaan tidak bermaya hingga menyebabkan suaranya hilang.

Shuib kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan untuk berehat.

Pasangan yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga ini dilaporkan bakal bersanding buat pertama kali pada 26 Februari ini.

Sarah menjelaskan, setakat ini perkara yang menjadi keutamaan adalah kesihatan suaminya dan terpulang kepada keadaan Shuib selepas ini.




0 comments:

Post a Comment