Sunday, 12 February 2017

Filled Under:

Jep Nafi Bertunang Sebab Nak Kahwin 25 Februari Ini Bukan Dengan Sari Yanti ! Berita Ini Pastinya Menimbulkan Rasa Tidak Senang Peminat

Jep Nafi Bertunang Sebab Nak Kahwin 25 Februari Ini Bukan Dengan Sari Yanti ! Berita Ini Pastinya Menimbulkan Rasa Tidak Senang Peminat




Selepas pelawak Jep Sepahtu menafikan dia dan pelakon Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini, Miss K terdengar khabar baru pula mengenai hubungan mereka.

Dengarnya, memang betul pun Jep dan Sari tidak akan bertunang pada bulan ini. Rupa-rupanya, ada berita yang lebih gembira daripada berita pertunangan itu.

Jep dengan Sari dikatakan bakal bernikah pada penghujung bulan ini. Miss K terdengar khabar yang mendakwa mereka bakal bernikah pada hari Sabtu, 25 Februari ini di Damansara.

Wah, baguslah! Perkara baik jangan ditangguh-tangguhkan. Miss K pun suka tengok Jep dengan Sari, sweet sangat, sama cantik sama padan.

Sebelum ini pun, Sari secara terbuka ada menulis komen "I love you" kepada Jep di laman sosial Instagram.

Jika benar perkhabaran ini, biar Miss K jadi orang pertama melayangkan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua. Kalau perkara ini tidak sahih, Miss K mendoakan agar Jep dan Sari cepat-cepat bertemu jodoh.

Masing-masing pun memegang status solo, apa tunggu lagi. Peminat pun mesti tak sabar nak melihat Jep dan Sari naik pelamin!

Miss K: Jangan lupa saksikan aksi Jep bersama Shuib, Rahim dan Ilya dalam Sepahtu Reunion Live minggu akhir Jumaat ini jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (saluran 134).

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!




0 comments:

Post a Comment