Friday, 17 February 2017

Filled Under:
, ,

ADUHAI MAKSIAT BERLELUASA!!! Wanita Hamil 9 Bulan Dicekup Berkhalwat. TAK MALU KE???

ADUHAI MAKSIAT BERLELUASA!!! Wanita Hamil 9 Bulan Dicekup Berkhalwat. TAK MALU KE???



ALOR SETAR: Seorang wanita berstatus janda yang sedang mengandung sembilan bulan ditahan bersama tiga lelaki termasuk teman lelakinya kerana dipercayai berkhalwat dalam satu operasi di sebuah hotel bajet di Jalan Lencong Barat, di sini, malam tadi.

Ketika pemeriksaan dilakukan, wanita itu,26, mengaku bahawa ketiga-tiga lelaki itu bukan mahramnya semasa dicekup dalam keadaan mencurigakan di dalam bilik hotel berkenaan.

Dia yang bernikah seawal usia 16 tahun berkata suaminya sudah pun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas di Langkawi.

Dalam usia yang muda, wanita itu turut mendakwa mempunyai anak berusia 2 hingga 12 tahun, namun beberapa anak diletakkan bawa penjagaan keluarga angkat, manakala anak bongsu bersama keluarga arwah suaminya.

Wanita itu kini hamil anaknya yang keenam.

Dia yang merupakan seorang penganggur dan sudah tidak memiliki keluarga, tinggal bersama pasangannya yang bekerja sendiri selama hampir setahun.

Tambahnya, mereka bertiga hanya berehat di hotel itu, oleh kerana dia kelihatan akibat sarat mengandung dan dijangka bakal melahirkan bayi lelaki pada hujung Februari ini.

Sementara, dua lagi lelaki yang turut ditahan dalam bilik hotel sama, didakwa hanya membantu mereka untuk menyiapkan proses dokumentasi perkahwinan di Songkhla.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Mohd Rasydan A Rahman, wanita itu dan tiga lelaki dicekup dalam pemeriksaan kira-kira 12.30 tengah malam.

Keempat mereka dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk laporan tangkapan, sebelum dibawa ke Pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

Mereka disiasat dibawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-dua sekali.




0 comments:

Post a Comment