Friday, 17 February 2017

Filled Under:
,

NGERI!!! “Saya terus mengambil gunting di dalam kereta dan cuba mencucuk ular tersebut berulang kali tetapi tidak berjaya sehingga isteri saya terpaksa menjerit meminta bantuan penduduk kampung berhampiran - Buruh Maut Dibelit Ular Sawa, Nyaris Ditelan.

NGERI!!! “Saya terus mengambil gunting di dalam kereta dan cuba mencucuk ular tersebut berulang kali tetapi tidak berjaya sehingga isteri saya terpaksa menjerit meminta bantuan penduduk kampung berhampiran - Buruh Maut Dibelit Ular Sawa, Nyaris Ditelan. 



KEMAMAN – Seorang buruh ladang ternakan ayam warga Indonesia maut setelah dililit ular sawa ketika cuba menangkap haiwan ganas itu di Kampung Rambutan, Jabor, lewat Jumaat.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa, Sapar, 55 , dari Jawa juga dilaporkan hampir ditelan reptilia tersebut serta meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat sesak nafas dan patah tulang rusuk.

Mangsa dikatakan mula secara kebetulan terserempak dengan ular sawa batik betina tersebut yang dianggarkan sepanjang lima meter dan seberat 80 kilogram itu sedang menyusup ke kawasan semak berhampiran.

Ketika kejadian berkenaan, mangsa dalam perjalanan pulang dari rumah rakan dan setibanya di tempat kejadian Sapar dikatakan cuba menarik keluar haiwan tersebut dengan hanya memegang bahagian kepala ular itu.

Kejadian tersebut kemudian disedari oleh seorang saksi dikenali sebagai Mohd. Yazid Ibrahim, 30, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Jabor bersama-sama isteri dan anaknya.

Menurutnya, mangsa pada mulanya dikatakan hanya mahu berhenti semata-mata hendak melihat dengan lebih dekat keadaan haiwan terbabit yang sudahpun separuh daripada badannya melintas jalan tersebut.

“Dia (mangsa) hendak memegang ular itu dan saya bertanyakan kepadanya sama ada ia berbahaya kerana saiz ular tersebut memang besar dan dia pergi dekat lagi untuk pegang kepala ular itu “ kata Mohd. Yazid.

Selepas keluar dari keretanya, dia tiba-tiba terdengar jeritan mangsa yang menjerit meminta tolong dan kemudian melihat ular tersebut sedang membelit Sapar dari paras kaki hingga leher lelaki warga emas tersebut.

“Saya terus mengambil gunting di dalam kereta dan cuba mencucuk ular tersebut berulang kali tetapi tidak berjaya sehingga isteri saya terpaksa menjerit meminta bantuan penduduk kampung berhampiran .

“Ketika itu mangsa sudah pun dibelit sepenuhnya manakala darah telah mulai keluar dari telinga dan hidung “ kata Mohd. Yazid. Penduduk kampung yang terdengar jeritan tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Mereka turut cuba untuk membuka lilitan dan akhirnya ular tersebut berjaya dibunuh dengan menggunakan sabit sejam kemudian. Saksi kemudian menghubungi polis selepas mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, adik ipar mangsa, Mohd. Arman Kromokaryo berkata, insiden itu berlaku ketika abang iparnya itu dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya ke ladang ternakan ayam tempat abangnya itu bekerja.

“Saya hanya mendapat tahu mengenai musibah menimpa abang ipar selepas diberitahu mandur tempat saya bekerja pada jam 10 malam,” katanya yang juga seorang buruh di sebuah kolam ternakan ikan di Pekan, Pahang.

Kata Mohd. Arman, 36, mandurnya dihubungi oleh mandur abang iparnya sebelum dia segera bergegas dari Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kerana menyangka abangnya itu dihantar ke hospital itu.

Menurutnya, mandur abang iparnya tidak memberitahu bahawa abangnya sudah meninggal dunia dan hanya memaklumkan bahawa abang iparnya itu akan dihantar ke sebuah hospital yang berhampiran.

“Lokasi sudah dekat sempadan Kuantan jadi saya sangka abang dihantar ke HTAA. Lepas tahu abang tiada di situ saya segera ke tempat kejadian dan lihat mayat abang ada di tepi jalan. Ular yang belit pun masih ada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan berkata, mangsa merupakan seorang bapa kepada empat anak.

Menurutnya, ular itu disyaki agresif kerana baharu bertelur dan bersalin kulit. Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian, mendapati tulang rusuk kiri mangsa patah dan terdapat kesan gigitan di tapak tangan kiri mangsa.

Kata Mohd. Said, bedah siasat ke atas mangsa dilakukan pagi Sabtu untuk pengesahan punca kematian dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati secara mengejut. 




0 comments:

Post a Comment