Sunday 19 February 2017

Filled Under:
,

COMELNYA BABY NI, AGAK-AGAK RUPA SIAPA YA? - Stacy Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

COMELNYA BABY NI, AGAK-AGAK RUPA SIAPA YA? - Stacy Selamat Lahirkan Bayi Perempuan



KUALA LUMPUR – Penyanyi, Stacy Anam atau Ummu Shaikhah Stacy Anam  selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 5.17 petang Jumaat.

Perkara tersebut disahkan menerusi akaun Instagram suaminya, Akim Ahmad yang memuat naik gambar bahagian kaki anak mereka dengan tanda nama Stacy.

“17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami.

“Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih di atas doa anda semua,” tulisnya.



Pasangan selebriti itu berkahwin pada 5 Februari tahun lalu Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum berkahwin, Stacy telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Bella yang kini sudah berusia enam tahun.




0 comments:

Post a Comment