Friday, 16 December 2016

Filled Under:

TERKEJUT Pesakit Tak Makan Ubat Darah Tinggi Sebab Tekanan Darah Dah Normal. Ini Jawapan Doktor Yang Ramai TAK TAHU !!!

TERKEJUT Pesakit Tak Makan Ubat Darah Tinggi Sebab Tekanan Darah Dah Normal. Ini Jawapan Doktor Yang Ramai TAK TAHU !!!



Sayangnya, nasib mereka tidak begitu baik. Akibat berhenti makan ubat, tekanan darah mereka naik melambung tinggi sehingga mengakibatkan pendarahan dalam otak.

Hati kecil saya mengucap kata-kata syukur ke hadrat Ilahi kerana melindungi makcik tersebut dari mendapat komplikasi dari tekanan darah yang tidak terkawal. Masih belum terlambat untuk mencegah perkara tersebut dari berlaku.



Seringkali saya bertemu pesakit kronik yang berhenti memakan ubat kerana konon-kononnya mereka sudah “sembuh” dari penyakit tersebut. Alasannya sama seperti makcik di atas. Mereka dapati tekanan darah sudah “normal”.

Hakikatnya, darah tinggi mereka terkawal kerana ubat yang dimakan. Bukan kerana mereka sudah “sembuh” dari penyakit tersebut. Dan untuk memastikan tekanan darah mereka kekal terkawal, ubat darah tinggi perlu diteruskan.

Sekiranya berhenti memakan ubat-ubatan tersebut, besar kemungkinan tekanan darah akan meningkat tinggi, sekaligus meningkatkan risiko untuk menerima nasib yang sama dengan pesakit-pesakit strok yang saya temui di zon kritikal wad kecemasan tempohari.

Saya menyeru kepada mereka yang mempunyai ibubapa yang menghidap penyakit darah tinggi. Bantu kami untuk memastikan tekanan darah mereka terkawal dengan sentiasa mengambil ubat yang ditetapkan.

Dan sekiranya mengalami sebarang masalah dengan pengambilan ubat tersebut, dapatkan nasihat dari mereka yang arif. Kami sedia membantu.


Dr Saidatul Akmar
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber:-Medical Mythbusters Malaysia




0 comments:

Post a Comment