Setelah Dikecam Teruk Oleh Netizen, Individu Hina Yang Di-Pertuan Agong Akhirnya Mohon Maaf...
Ekoran dikecam hebat oleh netizen gara-gara satu status yang mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong, seorang lelaki akhirnya akur dan memohon maaf. Menerusi kenyataan terbaru di laman Facebook miliknya, dia mengakui akan kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf atas ketelanjuran kata.
Terdahulu Berita TV3 melaporkan tindakan tegas wajar diambil terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Kata orang terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata maka viral lah!
ReplyDeleteKalau permohonan maaf boleh digunakan untuk melakukan kesalahan undang-undang buat apa ada Polis Diraja Malaysia?
Terdapat beberapa undang-undang yang diperuntukkan kepada sesiapa yang
menghina atau mengeluarkan kenyataan menghina institusi Raja, Raja-Raja
dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948
(Akta 15).
Selain itu Seksyen 425 Kanun Keseksaan (Akta 547) dan Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) juga terpakai bagi perbuatan
menghina pemimpin negara