"DERHAKA" Itu Ayat Terakhir AHMAD DANI Sebelum Ditahan Polis
Jakarta: Polis menahan anak perempuan Presiden pertama Indonesia, Sukarno, Rachmawati Soekarnoputri dan penyanyi popular, Ahmad Dhani atas tuduhan menderhaka.
Kedua-dua mereka ditahan bersama lapan lagi individu sebelum satu perhimpunan bagi membantah Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama di sini semalam.
“Ya, Rachmawati ditahan. Polis datang ke rumahnya pada jam 5 pagi (waktu tempatan) dan menahannya,” kata peguam wanita itu, Aldwin Rahardian yang dipetik kompas.com.
Ahmad Dhani dilaporkan ditahan bersama beberapa lagi aktivis di sebuah hotel di tengah Jakarta pada malam kelmarin.
Sementara itu, jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli mengesahkan penahanan Rachmawati dan Ahmad Dhani serta lapan individu lain.
“Kalau ditangkap sudah pasti mereka akan dinamakan sebagai suspek,” katanya.
Menurutnya, mereka yang ditangkap itu akan dinamakan sebagai suspek dalam kes menghina pemerintah, cuba menggulingkan kerajaan dan dakwaan lain.
Sebelum ini terdapat laporan ada pihak mahu mencetuskan keganasan dalam perhimpunan besar-besaran semalam bagi menggulingkan kerajaan. - Agensi

0 comments:
Post a Comment