Friday, 16 December 2016

Filled Under:

Bukan Suami Sahaja, Ada Juga Isteri Jadi “Cheating Wife” Untuk Berskandal Di Office

Bukan Suami Sahaja, Ada Juga Isteri Jadi “Cheating Wife” Untuk Berskandal Di Office



Selalu saja kita mendengar kes suami tergamak menipu isteri agar dia dapat berskandal dengan rakan sepejabat. Tetapi di sebalik kes tersebut, dalam masa yang sama sebenarnya isteri juga menipu suami mereka.

Ini kerana kebanyakan skandal sepejabat ini melibatkan suami dan isteri orang. Tetapi sudah pasti lelaki yang akan dipersalahkan dulu atas alasan lelaki yang memulakannya.

Rakan saya mengadu yang isterinya kerap balik lewat dari pejabat atas alasan kerja lebih masa dan tak boleh buat di rumah. Selepas itu, kantoi skandal dengan suami orang.</p><p>Nauzubillahiminzaalik.

Jalan penyelesaian yang terakhir adalah perceraian kerana cinta terlarang itu sudah tidak dapat dibendung lagi.

Ingatlah, syaitan selalu mencari jalan untuk memisahkan pasangan suami isteri dengan menyuntik pelbagai fitnah. Ingatlah, Islam meletakkan syarat yang ketat untuk wanita yang ingin keluar bekerja.

Pesan guru kami..

“Wanita yang berjubah, syaitan pun datang dalam bentuk jubah. Wanita berniqab, syaitan akan datang dalam bentuk berniqab.”

Ini menunjukkan kepada kita walau sealim atau sewarak mana sekalipun, kita pasti tidak terlepas dari gangguan syaitan yang datang mengikut kelas masing-masing.Kepada para suami atau isteri diluar sana, ingatlah nawaitu asal mencari nafkah untuk suami/isteri dan anak dirumah.

Jangan khianati kepercayaan mereka. Seandainya ada dikalangan pembaca kami yang berperangai macam ni tak kisah suami atau isteri, cepatlah berubah. Kelak binasa rumah tangga.

Kredit :Diey Hasan




0 comments:

Post a Comment