Kekuatan Tentera Malaysia yang Rakyat Malaysia sendiri pun akan terkejut bila tahu !!
Kita dah hujung bulan Ogos dah weh! Macam biasa, kami tak sabar nak tengok perarakan kat Dataran Merdeka terutama sekali daripada askar-askar kita. Nanti dapat tengok kereta kebal, jet pejuang, dan persembahan dari pasukan elit. Cool gila kan!
Macam korang tau, bukan kita je yang buat perarakan macam tu malah semua negara yang ada askar mesti tunjuk taring time hari kemerdekaan masing-masing. Tapi korang rasa askar kita ni hebat tak? Takyah bandingkan dengan dunia lah, tapi kita try tengok dengan negara-negara jiran je macam mana.
Berapa besar jumlah askar kita?
Nak dibandingkan dengan negara-negara jiran, berapa besar jumlah tentera kita? Mengikut Global Firepower(sebuah website yang terkenal dengan analisis ketenteraan) askar Malaysia merupakan yang paling sikit jika nak dibandingkan dengan negara jiran kita termasuk Singapura.
Perlu diingat bahawa Global Firepower kata yang jumlah ni semua datang daripada sumber awam seperti CIA.gov dan CIA Fact Book, dan ada antaranya adalah anggaran. Jadi nombor yang mereka bagi ni tak semestinya 100% tepat. Nombor-nombor tersebut adalah:
Singapura – 72 000 (aktif) + 950 000 (simpanan) = 1 022 000 askar
Indonesia – 476 000 (aktif) + 400 000 (simpanan) = 876 000 askar
Filipina – 220 000 (aktif) + 430 000 (simpanan) = 650 000 askar
Thailand – 310 000 (aktif) + 245 000 (simpanan) = 555 000 askar
Malaysia – 110 000 (aktif) + 296 500 (simpanan) = 406 500 askar
Korang perasan tak Singapura yang kecik tu sebenarnya mempunyai askar paling ramai kat Asia Tenggara.
Walaupun jumlah askar tu adalah penting, ada faktor lain jugak yang perlu diambil kira termasuklah kenderaan perang seperti:
Thailand: 722 kereta kebal, 95 jet perang, 15 kapal perang (termasuk sebiji Aircraft Carrier)
Indonesia: 468 kereta kebal, 58 jet perang, 16 kapal perang, 2 kapal selam
Singapura: 212 kereta kebal, 119 jet perang, 12 kapal perang, 6 kapal selam
Malaysia: 74 kereta kebal, 55 jet perang, 8 kapal perang, 2 kapal selam (uhuk uhuk)
Filipina – 45 kereta kebal, 8 jet perang, 14 kapal perang
Yang last sekali tu bukan typo eh, Filipina memang ada 8 je jet pejuang, boleh muat dalam satu garaj kot. Pastu kat Thailand pulak, walaupun mereka antara yang pertama ada Aircraft Carrier kat Asia Tenggara, sekarang ni dah tersadai tak berpenghuni.
Imej dari Business Insider.
So daripada segi kelengkapan perang, kita ok sikit dari Filipina je la.
Tapi… kita perlu ke saiz tentera yang besar?
Salah satu sebab tentera kita tak sebesar (yang kami tau lah) negara jiran lain adalah kita agak bernasib baik sebab takde pemberontakan macam kat Thailand, atau rasa terancam oleh negara yang lebih besar macam Singapura, dan tak mempunyai kawasan geografi seluas Indonesia yang perlukan tentera yang banyak.
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
Lagi satu kenapa kita tak perlukan askar yang melampau-lampau adalah sebab kita join PBB pada tahun 1965dan ASEAN pada tahun 1967. Ahli ASEAN yang mula-mulanya disertai oleh Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia telah di tambahkan keahliannya ke Laos, Vietnam, Cambodia, Brunei, dan Myanmar. Konsep ASEAN ni pula adalah untuk menolong satu sama lain, dan sikap tidak aggresive ni mengurangkan risiko kita untuk diserang oleh negara jiran.

0 comments:
Post a Comment