Monday 31 October 2016

Filled Under:

PATUT LA TAK GOL!!! PENAMPAKAN ANEH DISEBALIK SEPAKAN PENALTI PEMAIN PASUKAN SELANGOR .LIHAT! Cuba Korang Tengok Apa Yang Pelik!

PATUT LA TAK GOL!!! PENAMPAKAN ANEH DISEBALIK SEPAKAN PENALTI PEMAIN PASUKAN SELANGOR .LIHAT! Cuba Korang Tengok Apa Yang Pelik!

Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.

Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan itu.

LIHAT VIDEO UNTUK LEBIH JELAS





0 comments:

Post a Comment